Terima Kasih Kerana 'Like' Blog Kami

Sunday 16 June 2013

SET MINDA CERGAS SHAKLEE UNTUK PELAJAR HEBAT


Vitamin untuk Pelajar : Minda jadi Sihat dan Kuat Bersama Shaklee

Kenapa Vitamin penting untuk pelajar?

Assalamu 'alaikum kepada semua ibu bapa serta anak2 yang dikasihi...
Apa khabar semua? Moga sentiasa berada di bawah perlidungan Allah setiap masa. Ameen!  Hari ini kami  nak sharing sikit mengenai vitamin untuk pelajar. Ramai yang tak tahu bahawa Shaklee juga ada vitamin untuk pelajar. Maknanya vitamin Shaklee ini memang berfaedah untuk setiap peringkat umur dan bukan untuk golongan tertentu atau penggunaan tertentu sahaja.

Adik-adik pelajar kita mahu pun anak kita tidak terlepas untuk mendapatkan perhatian daripada Shaklee. Maklum sajalah generasi muda sekarang adalah tonggak kekuatan negara pada  masa depan.

Sebenarnya nak berjaya bukan bergantung kepada usaha belajar dan fokus kepada pelajaran semata-mata. Banyak aspek lain yg boleh diambil kira contohnya cara permakanan pelajar itu sendiri. Jangan pandang remeh dalam hal ini!

Sebagai contoh seorang pelajar yg lupa atau sengaja tidak amik breakfast akan mengalami kehilangan nutrien dan akan mengantuk di dalam kelas disebabkan tiada sumber tenaga yang dapat dicernakan. Fokus mula terganggu dan menjejaskan pembelajaran.

 Makanan tambahan atau vitamin untuk pelajar memang penting dalam menyediakan para pelajar lebih sihat dari aspek menyeluruh iaitu luaran dan dalaman.

Okaylah, mari kita tengok apa yang Shaklee tawarkan kepada golongan pelajar ini.

Mealshake


 Mealshake Sangat bagus sebagai sarapan pagi kerana ia mengandungi nutrien lengkap untuk memberi khasiat kepada pelajar.
Ibu-ibu yang kesuntukan masa untuk menyediakan sarapan boleh memberikan Mealshake kepada anak mereka menu sarapan pagi.





Omega Guard



Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. 
DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
Shaklee OmegaGuard TM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard TM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
Dalam bahasa yang mudah pengambilan Omega Guard dapat membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan otak, mudah mengingati dan lebih fokus.
Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. 
DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
Shaklee OmegaGuard TM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard TM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
Dalam bahasa yang mudah pengambilan Omega Guard dapat membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan otak, mudah mengingati dan lebih fokus.

B Complex



Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang).
Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu pelajar berfikiran positif sentiasa (mood baik dan ceria) bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik pemikiran & daya menumpuan akan lebih baik. 
Vitamin B juga dapat melahirkan wajah yang cantik berseri dan tidak kusam.






Lecithin


Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.
Lecitin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine.Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dan lain-lain. 
Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat.30% otak adalah terdiri daripada lecitin, manakala 70% lemak di hati adalah lecitin.
Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

Bagi mereka yang berminat, saya boleh menyediakan set di atas dalam bentuk Pek Mini jika anda mempunyai bajet terhad. Jika ingin dikongsikan untuk 2-3 orang anak, lebih baik anda membeli full pack kerana lebih jimat dan berbaloi..

Untuk info, OmegaGuard boleh diambil oleh si anak kecil seawal usia 1 tahun tapi perlu dapatkan konsultasi daripada saya untuk dos yang sesuai.

InsyaAllah, pengambilan vitamin yang konsisten akan membantu pelajar dan anak kita lebih  sihat tubuh badan sekaligus mencapai kecemerlangan akademik Insya Allah.

Di samping itu banyakkan doa kepada Allah agar anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh yang diredhai Allah di dunia dan juga akhirat.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi kami di:

Hubunggi TEAM NISF SHAKLEE FAMILY untuk konsultasi PERCUMA.

Thursday 13 June 2013

Punca Berlakunya Baru Karang dan Cara Rawatannya

Assalamu 'alaikum dan salah sejahtera untuk semua sahabat!

Apa Punca Berlakunya Batu Karang?

Kurang air
Tidak cukup minum, terutama air masak. 
Individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang kerana air kencing akan menjadi lebih pekat. 

Sejarah keluarga atau diri sendiri — Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Orang yang mempunyai sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko tinggi mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.

Umur

Kebanyakan kes berlaku di kalangan individu yang lingkungan umur 20 hingga 70 tahun.

Jantina 

Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.

Penyakit tertentu

Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang). Bahkan, individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang. Selain itu, individu yang mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.

Kesan sampingan ubat

Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.

Pemakanan

Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.

Kurang bergerak

Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.

Langkah Pencegahan

Masalah batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air. Pesakit yang pernah mengalami masalah ini dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan makanan yang kaya asid urik atau purin.

Batu karang adalah masalah kesihatan yang boleh dicegah dengan melakukan sedikit perubahan gaya hidup. Selain itu setiap orang juga disaran menjalani tiga ujian mudah, iaitu ujian air kencing dan darah serta pemeriksaan tekanan darah bagi memastikan buah pinggang dalam keadaan normal.

Ini kerana melalui tiga ujian berkenaan, perubahan fungsi atau kerosakan buah pinggang dapat dikesan pada peringkat awal dan boleh dirawat segera.



 Jenis-Jenis Batu Karang

Batu karang ada empat jenis yang ditentukan bahan atau puncanya iaitu:

Batu kalsium — Jenis paling lazim. Batu kalsium biasanya membabitkan dua bahan, iaitu kalsium dan oksalat.
Batu struvite — Berlaku lebih kerap pada wanita berbanding lelaki. Ia biasanya disebabkan jangkitan salur kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.
Batu asid urik — Batu ini terbentuk daripada asid urik, iaitu hasil sampingan daripada metabolisma protein.
Batu sistein — Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Ia biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan berlebihan asid amino tertentu.

Tanda-Tanda Kewujudan Penyakit Buah Pinggang

Sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk. Bagaimanapun bukan semua kes mempunyai gejala, kecuali jika batu karang berkenaan besar sehingga menyekat saluran tertentu dan menyebabkan jangkitan. Rasa sakit ini datang dan pergi dalam masa antara lima hingga 15 minit.
Apabila batu karang ini berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing melalui tiub yang dipanggil ureter, pesakit mengalami rasa sakit pada abdomen bawah. Kesakitan ini terhenti apabila batu karang berhenti bergerak.
Air kencing berdarah.
Air kencing keruh dan berbau busuk.
Mual dan muntah.
Sentiasa terasa hendak kencing.
Demam dan menggigil (jika ada jangkitan).

Produk Shaklee Untuk Membantu Penyakit Buah Pinggang

B Complex
Vita-C
Ostematrix
Alfalfa
Carotomax
Lecithin

Banyak…??? Tak… Sila dapatkan konsultasi dan harga ISTIMEWA dari KAMI, pastinya sesuai untuk anda.
Maklumat lanjut mengenai produk & BEST PRICE, Hubunggi TEAM NISF SHAKLEE FAMILY untuk konsultasi PERCUMA.

Tuesday 11 June 2013

Hilangkan Jeragat Dengan Petua Vitamin dan ESP Shaklee

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera utk semua pembaca...

Jeragat dikenali sebagai tompok hitam, pigmentasi kulit atau biji hitam seperti tahi lalat yang tumbuh secara berkompok di beberapa bahagian badan, wajah dan leher. Ramai orang mengadu sukar untuk hilang jeragat terutamanya di muka kerana walaupun jeragat bukan penyakit berbahaya tetapi menyebabkan kulit tidak cantik di bahagian wajah terutamanya.

Untuk hilangkan jeragat ini kebanyakkan kita menggunakan alat-alat kosmetik. Tetapi ia bersifat sementara dan tidak asli. Sebagai wanita dan juga isteri takkan kita asyik nak bermekap sehingga waktu tidur. Ini juga membahayakan kesihatan kita, kerana kebanyakkan alat kosmetik mengandungi bahan kimia berbahaya yang memberi kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan wanita terutamanya pelabagai jenis  kanser, masalah kekesuburan dan juga berisiko menjejaskan janin.

Tanpa bantuan peralatan kosmetik dan juga membuat facial treatment di salun-salun kecantikan juga kita sendiri boleh hilangkan jeragat di rumah. Bagaimana? Melalui pengambilan supplement vitamin yang kita makan setiap hari sebenarnya juga dapat membantu mengatasi masalah jeragat di muka dan juga di lain-lain bahagian tubuh dan bukan sekadar meningkatkan tahap kesihatan kita. Jadi apakah jenis-jenis vitamin yang dapat membantu menghilangkan jeragat ini?

 Dengan supplement-supplement Shaklee anda dapat merasai kesan perubahan hilangkan jeragat yang semakin berkurangan hari demi hari dan kulit wajah bertambah mulus dan awet muda. Selain itu, anda juga akan perasan tubuh anda semakin sihat dan bertenaga, jisim tulang dan pergerakan sendi semakin lancar serta  rambut dan kuku lebih bersinar dan sihat.


Untuk hilangkan jeragat anda pengambilan vitamin dan juga elemen lain yang diperlukan adalah:

 1.  Vitamin C
2.  Vitamin E
3.  Protein
4   Air Putih

Vitamin C
Pengambilan vitamin C harian secukupnya dapat membantu tubuh menghasilkan kolagen dengan lebih efisien dan hilangkan jeragat.

Pengambilan supplement Shaklee yang disyorkan:
1. Sustained Release Vita-C Plus - hot Product
2. Collagen Powder - hot product


 Penghasilan kolagen yang mencukupi dalam tubuh bukan sahaja membantu menghilangkan jeragat malah mengatasi masalah kulit berkedut, kering dan melayut, kuku rapuh, rambut halus, keguguran rambut dan juga dapat mengelakkan struktur tulang dan sendi yang lemah.


Vitamin E
Terkenal sebagai vitamin awet muda dan melambatkan proses penuaan. Vitamin E juga dapat membantu memberi keseimbangan hormon dan mengawal kadar pengeluaran minyak dalam liang kulit. Selain itu, vitamin E membantu hilangkan jeragat dan juga jerawat

Pengambilan supplement Shaklee yang disyorkan:

1. Vita-E Complex

2. GLA Complex


Protein
Protein juga sangat membantu hilangkan jeragat. Pengambilan protein harian yang cukup dapat membantu tubuh menghasilkan sel-sel baru dan menyahkan jeragat di muka. Jadi sekarang beri perhatian keperluan protein harian anda untuk mendapatkan kulit yang sihat, cantik dan bebas jeragat.

Pengambilan supplement Shaklee yang disyorkan:

ESP (Soy Protein Isolate Powder) - hot product (supplement wajib)


Kepentingan Air Putih
Air putih sangat penting untuk sistem pengaliran darah yang baik dan juga penting dalam proses penyerapan nutrien-nutrien dari supplement dan juga makan oleh tubuh. Apabila sel-sel dan organ-organ tubuh mendapat keperluan air secukupnya maka dapat menghasilkan tubuh yang sihat dan cergas, serta berseri. Kekurangan air menyebabkan kulit tubuh kering, tidak cantik dan menyebabkan lain-lain masalah kulit terjadi seperti jeragat.


Jadi minumlah air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk kesihatan tubuh yang optimum.
Supplement-supplement Shaklee juga 100% semulajadi, selamat; bebas dari bahan kimia dan  berkesan terhadap kesihatan dan kecantikkan pengguna dan dipercayai serta diyakini sejak tahun 1950-an lagi. Supplement yang bebas bahan kimia adalah penting dalam menentukan tahap kesihatan yang baik dan berpanjangan serta tidak memberi kesan bahaya secara senyap seperti pengaktifan kanser dalam tubuh. Sudah tentu anda inginkan kehidupan yang sihat, ceria dan gembira bersama orang tersayang bukan?.

Hubunggi TEAM NISF SHAKLEE FAMILY untuk konsultasi PERCUMA.


Dapatkan juga konsutasi percuma apabila anda membeli produk shaklee dari KAMI pada bila-bila masa anda perlukannya!!.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Set Vitamin Kesuburan Wanita (Anak Adalah Anugerah Allah)

 Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera untuk semua sahabat....

Anak adalah anugerah ALLAH. Cahaya mata adalah harta paling beharga di dunia ini. Kehadirannya menjadi pengikat kasih sayang suami isteri. Namun tidak semua pasangan suami isteri begitu mudah mendapat zuriat. Ada yang cepat dan ada yang bertahun menanti barulah dikurniakan cahaya mata.

Orang senang bercakap rezeki masing-masing. Tapi berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Pujian harus diberikan kepada mereka yg tidak kenal erti berputus asa. Usaha dan berdoa kepada Allah mesti berterusan!



Faktor Sukar Mendapat Cahayamata
Kitaran haid tidak menentu sama ada 2 kitaran haid dalam sebulan atau 1 kitaran haid dalam masa 2@3 bulan. Wanita yang darah haidnya terlalu banyak dan lama beserta dengan senggugut.
Berat badan berlebihan antara punca tidak subur

Punca Wanita Tidak Subur. 
*Kegagalan berovulasi atau kegagalan menghasilkan telur (ovum). Ini berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon.
*Terdapat halangan dari ovum yang dihasilkan di ovari untuk bergerak ke uterus. Ini biasanya disebabkan oleh endometriosis, cyst, terdapat jangkitan atau ketumbuhan pada bahagian berkenaan (tiub falopio).
*Penyakit kelamin
*Penyakit berkaitan masalah pelvik.
*Merokok
*Pengambilan kafein yang berlebihan
*Terlalu kurus atau gemuk.
*Faktor usia (Tahap kesuburan semakin menurun apabila seorang wanita mencapai umur 35 tahun).

Entri kali ini mencadangkan vitamin-vitamin yang sesuai untuk kesuburan wanita. Mari kita baca.

Testimoni Pengguna. Kita hanya berusaha. Allah penentu segalanya.

Energizing Soy Protein (ESP)
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

Vita-Lea

Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Isteri perlu melengkapkan kesihatan diri dengan mengambil multivitamin ini.
Vitamin C
Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita-C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E.

B-Complex

Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.


Alfalfa Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

Testimoni Pengguna. Kita hanya berusaha. Allah penentu segalanya.
GLA 

Gamma Linolenic Acid (GLA) adalah sejenis asid lemak Omega 6. Fungsi GLA untuk wanita adalah menstabilkan hormon dan memastikan kitaran haid teratur.. Seperti yg kita sedia maklum, kitaran haid yg stabil memudahkan wanita mengenal pasti waktu subur di mana peratusan persenyawaan dapat ditingkatkan. GLA berperanan memastikan cecair mukus di dalam serviks mencukupi dimana ia memudahkan pergerakan sperma ke uterus seterusnya ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Cecair mukus yg subur ini juga membantu sperma untuk hidup di dalam tiub fallopian sehingga 5 hari, seterusnya meningkatkan kadar persenyawaan ketika ovulasi berlaku walaupun suami dan isteri tidak bersama dlm jangkawaktu tersebut. Membantu meningkatkan kesuburan dan melegakan PMS (sindrom pra-haid)


Zinc Complex

Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.


Testimoni Pengguna.Kita hanya berusaha. Allah penentu segalanya.

PERINGATAN:
Vitamin Shaklee ini hanyalah sebahagian daripada usaha sahaja. Taraf kesihatan anda suami isteri turut menjadi faktor utama kesuburan, dan pastinya rezeki ini datang dari Allah Yang Maha Esa! TIADA JAMINAN anda akan terus mengandung selepas mengamalkan vitamin semulajadi ini.

Hubungi Kami  untuk konsultasi percuma dan dapatkan harga istimewa untuk set kesuburan wanita ini. Tips eksklusif dan cara pemakanan akan diberikan secara PERCUMA!
Hubunggi TEAM NISF SHAKLEE FAMILY untuk konsultasi PERCUMA.

Kredit








Saturday 8 June 2013

KERJA DARI RUMAH PUN BOLEH DAPAT INCOME RATUS-RATUS RIBU?



Assalamu 'alaikum wr.wb.

Memang payah nak percaya. Saya sendiri pun ragu-ragu juga bila diberitahu ada di antara leaders dalam Shaklee dapat income bulanan melebihi RM200k. Wow! Masya Allah....tak caya boleh tanya mereka yang berada di sekeliling leaders hebat ini.  


Ini adalah barisan 'Lady Leaders' yang dah berjaya. Kebanyakan mereka hanya bekerja dari Rumah.

Wang bukan segala-galanya. Tapi segala-galanya memerlukan wang



Saya dah banyak join macam2 biz sebelum kembali semula ke pangkuan Shaklee. (pernah join Shaklee sekitar tahun 1990)  Saya pernah berada di dalam perniagaan yang hampir sama dengan Shaklee iaitu 4life selama hampir 2 tahun. Saya round seluruh Sabah hingga sampai ke Lahad Datu tempat berlakunya pertempuran antara tentera Sulu dengan tentera Malaysia. Masa tu saya juga mempunyai leader yang hebat yang incomenya juga pada masa itu hampir mencecah RM200k sebulan.


Alangkah indahya hidup jika sering dapat berkunjung ke Mekah untuk
 mengerjakan haji dan Umrah

Sebelum itu saya berada di dalam eTiqa Takaful. Saya juga dibimbing oleh se orang mentor yang hebat. Incomenya lebih kurang RM1juta setiap tahun.

Pokoknya dalam biz ni, peluang untuk merobah kehidupan amatlah besar berbanding makan gaji. Apatah lagi dengan ledakan internet, produk yang kita jual boleh sampai ke jutaan prospek dalam masa beberapa saat saja. Inilah kuasa terbaru dalam bidang pemasaran produk yang dulunya tidak didapati.


Alangkah seronoknya jika memiliki rumah kediaman sehebat ini

Ramai orang segan dan malu untuk bertemu prospek. Atas alasan ini mereka tidak mahu menceburkan diri dalam perniagaan. Namun kini anda boleh berjaya dengan hebat dan bergaya sekali walaupun anda adalah manusia yang paling pemalu di dunia. Sebab anda boleh buat promosi tanpa ada siapa pun melihat anda atau mengenali anda secara bersemuka. 



Sapa tak seronok kalau dapat memiliki kereta sebegini...:o)

Siapa pon boleh berjaya dalam perniagaan Shaklee ini jika mahu. Asal saja anda serius dan ikhlas serta amanah, kejayaan pasti akan menjadi milik anda.



Produk Hebat Untuk Slim dan Sihat
 




Anda berminat?

Hubungi TEAM NISF SHAKLEE FAMILY untuk konsultasi PERCUMA
 ATAU UNTUK MENYERTAI TEAM HEBAT KAMI!

Monday 3 June 2013

TESTIMONI PESAKIT KENCING MANIS










Bebas diabetes seperti En. R. Jitendran
Hadiahkan Vivix pada insan tersayang

pm/sms/whatsapp saya segera untuk dapatkan harga istimewa ini. 

(Dr Nik (014 820 7111 / Puan Nor 019 927 1048) 


*********
FUNGSI VIVIX

Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan. Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Minuman yang sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas itu juga boleh dijadikan masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan beberapa minit untuk dilihat hasilnya.



Comment Penguna VIVIX :
" Mak saya mengidap diabetic dan bila makanan tidak terkawal, bacaan kandungan gula dalam darahnya mula naik mendadak. Apabila diabetes berlarutan, penglihatan mak menjadi kabur dan makin kabur. Mak  kata, apa yang beliau rasa adalah…matanya menjadi makin kembang dan berair. Apabila hal ini berlaku, maka mak tak boleh melihat dengan baik bertambah buruk lagi mak tidak dapat memandu.
Mak saya tak boleh makan sebarang supplement kerana ia akan menambah burukkan keadaan yang dia lalui.Ini disebabkan fungsi buah pinggangnya yang sedikit terjejas akibat diabetes. Pengambilan ubat dalam bentuk tablet menambah beban pada buah pinggangnya.
Oleh kerana itu saya hanya berikan mak saya vivix sahaja. Pada mulanya mak makan setengah sudu teh sehari tetapi kerana mak saya selesa dengan vivix, beliau mengambil 2 sudu besar sehari. Kini saya bekalkan mak saya 2 botol vivix untuk sebulan consume. Dalam masa tak sampai sebulan, penglihatan mak menjadi lebih baik. Mak rasa kedudukan matanya semakin elok dan tidak seperti sebelumnya yang mana ianya mengembang dan berair.
Alhamdulillah, mak saya boleh melihat semula ….tak perlu duduk dekat dengan tv untuk menonton seperti sebelum ini disebabkan matanya yang kabur. Penglihatan mak dah kembali sedia kala. Syukur pada ALLAH atas izinNYA jua. Pengambilan vivix banyak memberi kesan positif pada paras gula dalam darah mak saya serta penglihatannya yang kabur dulu telah pulih sedia kala. Diabetesnya terkawal.
Tiada apa yang lebih menggembirakan saya selain kesihatan mak yang baik. Duit boleh dicari…selagi ada daya usaha. Mudah2an mak dapat menunaikan umrah dengan lebih baik, insyaALLAH.

 * credit : http://stayhealthy.my




Bagi yg sedang mencari suppliment untuk diberikan kepada ibubapa VIVIX dapat membantu anda. Ada antara ibubapa kita yg merasakan leceh bila perlu mengambil banyak jenis suppliment untuk kesihatan mereka. Tapi, dengan vivix hanya perlu makan satu suppliment sahja untuk kesihatan ibubapa.





KEHEBATAN VITA -E COMPLEX SHAKLEE



Jom tgk kelebihan GRAPE SEED EXTRACT yang terkandung dlm pek baru VITA-E COMPLEX SHAKLEE:
 Mengikut kajian saintifik Grape Seed Extract terbukti amat berkesan untuk membantu mengatasi masalah KANSER serta amat baik untuk awet muda dan memelihara kecantikan badan jika diamalkan secara konsisten.
 Grape Seed Extract juga terbukti berkesan untuk menguatkan system imun badan, menurunkan paras kolestrol menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul, serta merencat pembengkakan dan keradangan.

KENAPA GRAPE SEED EXTRACT?
 Sebabnya dalam Grape Seed Extract terdapat Oligomeric Proantho Cyanidin(OPC) yang lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yang lain.
 OPC pula merupakan anti pengoksidaan yang paling berkesan dan mampu melindungi tisu-tisu daripada pelbagai kecederaan pengosidaan.
 OPC juga adalah 50 KALI GANDA lebih kuat daripada Vitamin E dan 20 KALI GANDA LEBIH KUAT DARI VITAMIN C.
 OPC berfungsi memusnahkan ‘radikal bebas’ yang boleh memusnahkan badan manusia. Dalam erti kata lain, OPC inilah yang bertindak MEMBANTU MENGATASI MASALAH KANSER bagi mereka yang sedang mengalami masalah penyakit kanser atau bertindak sebagai benteng daripada serangan penyakit yang ditakuti itu.
 Di samping itu, OPC yang amat kaya dengan protein terutamanya kolagen serta lebih kuat dari Vitamin E (50 kali ganda) dan C (20 kali ganda) menjadikannya antara makanan yang paling baik terhadap pembentukan sel dan tisu.
 Sekaligus ia juga baik untuk awet muda dan memelihara kecantikan.
 Selain daripada kehebatan Grape Seed Extract dari sudut kajian saintifiknya itu, kelebihan anggur juga turut termuat di dalam At-Tibb An Nabawi (Perubatan Nabi), yang menyatakan bahawa anggur adalah antara sebaik-baik buah dan yang paling banyak manfaatnya.
 Ianya berfungsi sebagai buah, minuman dan juga ubat. Tidak hairanlah jika di dalam Al-Quran disebut sebanyak 11 tempat mengenai buah anggur.

Berminat dgn GRAPE SEED EXTRACT ni??