Terima Kasih Kerana 'Like' Blog Kami

Sunday 22 September 2013

TIPS RINGKAS GOOGLE ADWORDS


Salam Sahabat2 semua yang dikasihi...Moga berada di bawah perlidungan Allah hendaknya.
Sebelum ni saya kongsi dengan sahabat tentang FB Ads dan hari ni saya nak kongsi pulak berkaitan dengan Google Adwords. Saya dapat pengalaman buat Google Adwords ni beberapa tahun yang lalu bila terlibat dengan Vemma. Kini saya nak kongsikan pulak dengan sahabat2 semua.

Apa kelebihan Adwords?
Nak tahu kelebihan  Adwords sila tengok gambar kat bawah ni...

Kalau kita tengok gambar kat sebelah ni, kita dapati kedudukan  Adwords adalah di atas sekali apa search dibuat. Apa lebihnya duduk di atas? jawapannya mudah jer...kat atas orang mudah nampak...mudah klik...tak perlu pening2 nak cari lagi. Biasanya orang MALAS nak cari...so yang mana  mudah dan senang nak dapat, yang tu yg mereka akan pilih.
Kalau nak harap blog kita naik sendiri kerana populariti..emm...tu macam  tunggu ayam tumbuh tanduk ler...khususnya kalau blog kita baru buat arini...atau semalam...atau 3 bulan yg lepas...yang dah bertahun buat blog pon tak tentu lagi boleh naik top 10 pages. ini kerana ada jutaan  blog yg famous kat luar sana. Cara yg  short cut utk blog kita dikenali adalah dengan cara  Adwords. Kena bayar ker? MESTLAH BAYAR.....KALAU SEME NAK FREE BAIK TERUS MAKAN GAJI....JANGAN NAK BERNIAGA!! Nak berniaga jangan ler kedekut nak keluar modal ok...:o) Ops! jangan mare...nanti customer lari...hehhe...

Saya cuba search  "PELUANG PERNIAGAAN SHAKLEE-  - dan saya dapati blog yg famous cam mamafaiz dot com pon duduk di page ke 3. Cuba tengok kat bawah ni.

Manakala Blog kami....ndaimtiyaz.com yang baru beberapa bulan terlibat secara aktif dgn biz shaklee berada di page ke 6...emm...not too bad lah sbb baru jer aktif dgn shaklee walaupun blog ni dah dibina sejak tahun 2012 lagi. Jom tengok kami punya blog di Google Search.


Ok..saya rasa kita seme dah jelas kan? bahawa dalam biz online ni kita tak boleh bergantung kepada 1 cara jer..kena pelbagaikan...tambahan pula ribuan produk yg dipasarkan secara maya. so kena kena kerja lebih sikit untuk capture the market!

Dah sedia? jom kita mula macamana nak buat Google Adwords ni.

Step Pertama:
Pegi dekat www.Google.com lepas tu search google ads the  Klik Google Adwords cam kat bawah ni!

Step 2:
Sebelum tu pastikan anda dah ada email account dgn gmail. Kalau tak ada buat email dulu. Klik sini untuk creat email. Anda diminta untuk login seperti di bawah. Login jer macam login email. dah masuk email dan password, klik 'start now'.


Step 3:

Click submit and activate my account. lepastu baru kik Create 1st iklan atau kempen kita. Tengok gambar kat bawah ni.  

Klik Submit and activate account

Step 4:
Isikan segala maklumat yang diperlukan seperti di bawah














Step 5:
Isikan Negara (Malaysia. Kalau yang nak biz di Indoensia, boleh masukkan Indonesia kat sini atau pun Mexico...:o) ), Bahasa (English), buat 'Manually set my bid' macam kat bawah. Kalau biarkan Google takut nanti dia set mahal dan tak mampu pulak kita nak bayar. so set lah ikut kemampuan. saya letak RM0.10 sen jer per Click! sapa2 yg ada budget lebih boleh up sikit...:o)



Step 6:
Letakkan budget harian anda. Juga ikut kemampuan. saya letakkan RM50.00 sehari sebagai percubaan. tak kisah berapa yang anda letak Sebab bila budget anda dah habis maka, iklan anda akan diberhentikan sehingga anda buat bayaran bagi jumlah yang hendak diiklankan. Setelah itu klik "Save and Cintinue"
















Step 7:
Isikan Ad group name. tak kisah nak letak nama apa. asalkan anda tahu apa yang anda tulis. saya letak Shaklee Ads sebab saya memang nak buat iklan Shaklee kat sini. kalau and jual selipar terpakai, ha...tulis ler selipar terpakai..:o)
OK INI PENTING! dan perlu diberi perhatian serius. Sebab inilah perkataan yang akan keluar di iklan sebenar nanti. Pilih perkataan yang anda rasa ianya boleh menarik pelayar internet untuk 'klik' iklan anda. Iklan anda akan keluar bila ada orang 'search' dengan menggunakan key word yg anda setkan.
1. Isikan Head line. yang ni tak boleh panjang sangat.sebaik2nya ringkas dan menarik dan tidak lebih dari 3 perkataan yang benar2 catchy! saya buat 'pengedar shaklee anda'...tak le catchy sangat...ni contoh jer....tapi contoh yang betul la..:o)
2. Description 1 - ni kena tulis bagi menguatkan apa yang kita nak sampaikan kepada pembaca.
3. Description 2 - pon kena yang menarik dan luar biasa. biar orang tengok perkataan tu, terbeliak mata dia dan terus klik dan beli produk anda...hehehe...
4. display alamat blog anda
5. Destination blog. bila orang klik kat iklan tu, mereka akan terus di bawa ke blog kita.













Step 8:
Ini pun step yang amat penting. Ini yang menentukan samada iklan anda akan keluar di tempat dan audience yang betul. jadi letakkan seberapa banyak keywords yang berkaitan dengan biz anda. saya letakkan apa yang berkaitan dengan shaklee dan produk2nya yang hebat2...;o) serius...produk shaklee memang hebat. Tak caya tengok kat sini. 

















Step 9:
Tugas anda dah hampir selesai. Klik save and continue to billing.
PENTING! Anda perlu ada kredit card atau debit kad untuk menggunakan khidmat ini. Nak tau apa itu debit card, KLIK SINI.















Step 10:

Untuk billing dan pembayaran, anda perlu isikan borang yang disediakan seperti di bawah. Pilih Malaysia, kemudian klik 'continue'.


Step 11:
Isikan maklumat berkaitan dengan perniagaan atau alamat yang anda gunakan semasa anda membuat permohonan kad kredit atak kad debit anda. Anda mesti masukkan alamat yang betul, jika tidak transaksi anda akan ditolak. Jika anda sudah berpindah alamat, anda masih perlu masukkan alamat alamat selagi anda belum update dengan bank alamat baru anda.  Setelah maklumat lengap diisi, sila tekan 'continue'.


Step 12:
Pilih kaedah pembayaran anda. Boleh pilih automatic atau manual. saya lebih suka manual sebab saya boleh control berapa saya nak bayar dan bila saya nak bayar hehe...tapi cara ni lambat sikit sebab kita kena tunggu process yang kadangkala amik masa sehari dua juga. Tapi kalau nak cepat, guna jer kaedah automatic sebab sebaik saja payment kita di 'approved' maka almost immediately iklan kita akan dipublish. ;o) bila dah masukkan seme info, please click continue.


Step 13: 

Selepas tu klik "make payment" spt dlm gambar di bawah.



Step 15:
Klik make payment of RM50.00


Step 16:
selepas kita  klik 'make payment' tadi, maka payment confirmation akan dikeluarkan. sila simpan ini sebagai bukti pembayaran anda.


Step 17: 
Ok...selepas kita submit payment (cara manual), kita kena tunggu sekurang2nya 1 hari bekerja untuk dapatkan approval. so kena sabor ler sikit yer..!


OK, SAHABAT SEMUA SELAMAT MENCUBA. JANGAN LUPA BANYAK DOA PADA ALLAH SUPAYA ALLAH BUKA PINTU HATI MEREKA YANG MEMBACA SUPAYA KLIK IKLAN KITA DAN SETERUSNYA MEMBELI PRODUK SERTA MENYERTAI BIZ YANG KITA LAKUKAN. MOGA ADA MANAFAATNYA. AMEEN!
KALAU DAH KAYA TU, JANGAN LUPA UTK BAYAR ZAKAT, PEGI HAJI ATAU UMRAH DAN SEDEKAH YER...BIAR REZEKI YANG KITA DAPAT DIRAHMATI ALLAH! ;O)
PERMINTAAN KHAS.
POHON SAHABAT-SAHABAT 'LIKE' BLOG INI SEBAGAI TANDA UKHUWAH FILLAH.

IKHLAS DARI KAMI DI 



















No comments:

Post a Comment